Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis siasat dakwaan Rosmah biaya hartanah mewah di AS
  • NASIONAL

Polis siasat dakwaan Rosmah biaya hartanah mewah di AS

Utusan Sarawak 4 hours ago
ISTERI Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan dan membuka siasatan terhadap dakwaan Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam pembelian atau pembiayaan sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta di New Jersey, Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya akan memanggil beberapa saksi dan menjalankan siasatan terhadap video tular yang mengandungi dakwaan berkenaan.

“Kita akan menyiasat sama ada akaun tular di media sosial itu palsu atau tidak. Setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan kerjasama yang baik dan kita belum menerima apa-apa perkembangan lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Semalam, media melaporkan Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu.

Rosmah menegaskan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penggunaan syarikat sementara, struktur kewangan luar pesisir atau hubungan dengan individu serta entiti yang dinamakan dalam video yang tular adalah rekaan berniat jahat dan tidak berasas.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata PDRM bersedia mengerakkan pegawai dan anggotanya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

“Di Johor, saya difahamkan memerlukan bantuan daripada PDRM sebanyak lebih kurang 4,000 ke 5,000 orang kerana negeri itu besar, dengan jumlah 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

“PDRM turut bersedia menggerakkan pegawai dan anggota dari seluruh negara untuk membantu operasi keselamatan semasa PRN Negeri Sembilan tertakluk kepada keperluan di negeri itu,” katanya.

Media pada Jumaat lepas melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor dan 18 Julai bagi PRN Negeri Sembilan, manakala hari pengundian pada 11 Julai bagi PRN Johor dan 1 Ogos bagi PRN Negeri Sembilan. 

Dalam perkembangan lain,  Mohd Khalid berkata PDRM menyambut baik langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara.

Menurutnya, penggunaan CCTV serta teknologi pemantauan moden mampu meningkatkan keupayaan pasukan itu dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan siasatan, terutama ketika berdepan kekangan sumber manusia. Media sebelum ini melaporkan sebanyak RM500 juta dibelanjakan bagi pemasangan dan pengoperasian 10,000 CCTV bersepadu di sekitar ibu negara sejak 2020. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MetMalaysia tingkat kesiapsiagaan, pantau perkembangan El Nino
Next: Malaysia siap siaga hadapi cuaca panas, risiko jerebu akibat El Nino kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.