Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis rampas dadah bernilai RM110,029
  • NASIONAL

Polis rampas dadah bernilai RM110,029

Utusan Sarawak 5 years ago

IPOH, 15 Jun -- Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng (dua,kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah seberat 6.75 kilogram bernilai lebih RM110,000 dalam operasi di Kampung Muhibbah, Buntong di sini pada 11 Jun lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng (dua,kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah seberat 6.75 kilogram bernilai lebih RM110,000 dalam operasi di Kampung Muhibbah, Buntong di sini pada 11 Jun lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh semalam. • Foto BERNAMA

IPOH: Polis Perak menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 6.75 kilogram bernilai lebih RM110,000 dalam operasi di Kampung Muhibbah, Buntong di sini pada 11 Jun lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata pasangan terbabit yang masing-masing berumur lingkungan 30-an dan 40-an ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Desa Rishah di sini.  

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menemukan sebarang barang salah dan mereka kemudian dibawa ke rumah mereka di Kampung Muhibbah pada hari sama untuk siasatan lanjut. 

“Pemeriksaan di rumah juga tidak menemukan barang salah, tetapi pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan milik suspek di rumah itu menemukan dadah jenis heroin seberat 6,202 gram dan methamphetamine seberat 549 gram,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Susulan itu, polis menyita sebuah kereta jenis BMW, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM2,100 dengan nilai sitaan keseluruhan RM26,050.

Menurutnya suspek dipercayai membekalkan dadah kepada penagih di sekitar bandar raya ini dan bekalan heroin yang dirampas boleh digunakan oleh 8,200 penagih sementara methamphetamine pula untuk kegunaan 5,500 orang.

Goh berkata lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau antaranya mencuri kenderaan dan memiliki senjata api manakala isterinya yang merupakan seorang peniaga kedai runcit tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Lelaki itu ditahan reman selama enam hari sehingga Rabu ini manakala isteri suspek direman selama empat hari sehingga semalam mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lepas, JSJN Perak telah menahan 3,990 orang bersabit dadah dengan rampasan pelbagai jenis dadah  bernilai kira-kira RM13.7 juta.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada kenaikan harga gunting rambut yang ketara
Next: Dua ADUN umum keluar parti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.