Polis Perancis tahan lelaki jual lebih 44,000 surat cuti sakit palsu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
LELAKI berusia 25 tahun menjual lebih 44,000 salinan surat cuti sakit palsu kepada orang awam di Paris, Perancis. Foto: AFP

PARIS: Polis Perancis menahan seorang lelaki yang disyaki menjual lebih 44,000 surat cuti sakit palsu secara atas talian. Tindakan sedemikian membolehkan pelaku berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda AS$1.18 juta, menurut pendakwa raya hari ini.

Lelaki berkenaan, yang menurut akhbar Le Parisien berusia 25 tahun, ditahan pada 31 Mac berhampiran Nantes di barat laut Perancis dan didakwa pada 3 April, menurut pendakwa kepada AFP.

Di Perancis, surat cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor membolehkan pekerja tidak hadir bekerja dengan sebahagian gaji ditanggung kerajaan.

Pertuduhan terhadapnya termasuk amalan perubatan secara haram, penipuan, pemalsuan dan konspirasi jenayah.

Suspek disyaki mengenakan bayaran sebanyak AS$25.00 bagi setiap surat cutip sakit alsu dan mengaut keuntungan keseluruhan sebanyak AS$1.18 juta, menurut pendakwa raya. – AFP