Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis masih siasat kes RM1 juta ‘hilang’
  • JENAYAH

Polis masih siasat kes RM1 juta ‘hilang’

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah pada sidang media sebentar tadi.

KUCHING: Suspek kes penipuan Macau RM1.03 juta akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun atau denda
RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kuching , ACP Ahsmon Bajah berkata ahli perniagaan, Lee yang kehilangan RM1.03 juta pada 26 Februari lalu berjaya mendapatkan semula wangnya berikutan tindakan pantasnya menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997.

Ahsmon berkata apabila Lee melaporkan kepada 997, polis dan bank serta agensi berkaitan lain menggembleng usaha untuk menangani isu itu.

“Daripada siasatan awal, wang RM1 juta itu masih dalam bank dan tidak dipindahkan keluar.

“Jumlah yang hilang sebenarnya RM1.03 juta dan bukan RM1 juta. RM30,000 kerana kad kreditnya digunakan,” katanya pada sidanh media hari ini.

Lee menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mendakwa daripada pos laju dan meminta nombor akaun banknya.

Lee tidak menjawab dan kemudian pemanggil yang sama menghubungi dan memintanya menyemak bank mengatakan wangnya telah dipindahkan dan kad kredit telah digunakan.

Lee meminta bantuan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dan pembantu khasnya untuk membantu dalam kes itu. Wangnya dikembalikan pada Isnin lalu.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kes penipuan dalam tempoh dua bulan ini, naik
Next: Polis Marin Limbang berjaya patahkan usaha seludup rokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.