Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lawas terima laporan kes kecurian di kaunter hotel
  • JENAYAH

Polis Lawas terima laporan kes kecurian di kaunter hotel

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan.

LAWAS: Polis Lawas telah menerima laporan berkenaan satu kes kecurian di kaunter sebuah hotel di Lawas, hari ini.

Pengadu, yang juga kakitangan hotel tersebut, melaporkan bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada penjaga kaunter yang menyatakan seseorang telah memasuki kaunter dan mengambil wang yang ada di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan hari ini, kejadian berlaku ketika penjaga kaunter pergi memeriksa aduan kerosakan penghawa dingin di salah sebuah bilik hotel.

Siasatan awal polis, termasuk pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi kejadian, mendapati seorang individu bertopeng hoodie telah memasuki kaunter, menyelongkar dan mengambil wang tunai yang ada.

“Rakaman CCTV juga menunjukkan suspek membawa sesuatu yang dipercayai senjata tajam semasa memasuki kaunter,” katanya.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kesalahan curi, memandangkan tiada sesiapa, termasuk kakitangan, berada di kaunter semasa kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas di talian 085-283037.

DSP Liong turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan atau kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa keadaan di Daerah Lawas kekal selamat dan terkawal pada masa ini.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: RM371,199 lesap, ‘gelap mata’ untung lumayan
Next: Lelaki rugi lebih RM300 gara-gara perkhidmatan bersihkan kubur tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.