Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lawas tahan warga asing, dua lelaki tempatan positif dadah
  • JENAYAH

Polis Lawas tahan warga asing, dua lelaki tempatan positif dadah

Utusan Sarawak 13 hours ago

KESALAHAN SYABU… Suspek yang ditahan bersama syabu. Foto: Polis Lawas

LAWAS: Seorang lelaki warga asing ditahan bersama syabu ketika berada dalam sebuah kereta dalam operasi yang dijalankan di tepi Jalan Sundar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi yang dijalankan sekitar 3.40 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek, kita menemui satu keratan tiub straw berisi kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.21 gram.

“Hasil ujian air kencing pula mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta Akta Imigresen 1953/63.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 32 dan 44 tahun turut ditahan kerana berada dalam keadaan lalok dadah di tepi Jalan Sundar Lawas dan Trusan Lawas.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bapa tiri ditahan atas kes amang seksual terhadap anak tiri di Roban
Next: Enam ditahan, 24.86 gram syabu dirampas dalam serbuan polis di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.