Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis kesan pemandu kereta rempuh motosikal
  • NASIONAL

Polis kesan pemandu kereta rempuh motosikal

Utusan Sarawak 4 years ago

LUMUT, 22 Ogos -- Gambar kenangan Nur Syahirah Abdullah, 25, dan suaminya Mohd Nur Hisham Hassan, 29. Mohd Nur Hisham maut selepas motosikal ditungganginya antara enam motosikal yang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan semalam. Nur Syahirah kini hamil tujuh minggu anak sulung mereka dan arwah suaminya begitu teruja apabila disahkan hamil, Julai lalu. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

GAMBAR kenangan Nur Syahirah Abdullah, 25, dan suaminya Mohd Nur Hisham Hassan, 29. Mohd Nur Hisham maut selepas motosikal ditungganginya antara enam motosikal yang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan kelmarin. –Foto BERNAMA

LUMUT: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melarikan diri selepas kereta dipandunya merempuh enam motosikal di Kilometer (KM) 4, Jalan Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini, kelmarin, sehingga menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 5.30 petang itu, lelaki berumur 38 tahun berkenaan, yang menaiki kereta jenis Proton Preve, turut meninggalkan dua rakannya yang cedera, seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 24 tahun, di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kedua-duanya telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, bagaimanapun lelaki itu ditahan reman sehingga Selasa kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine, manakala wanita yang juga guru tadika itu dilepaskan.

“Akibat pelanggaran itu juga, tiga orang, iaitu dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi penunggang motosikal cedera parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya, ketika dihubungi di sini semalam.

Tiga lelaki yang maut ialah penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, bersama pembonceng, Hasrandy Bahrum, 27, kedua-duanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Nur Hisham Hassan, 29, berasal dari Kuantan, Pahang.

Empat lagi penunggang motosikal, kesemuanya lelaki, turut mengalami cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nor Omar berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu dari arah Lekir menghala ke Kampung Acheh, manakala enam mangsa tersebut yang kesemuanya adalah pekerja kilang di sebuah syarikat minyak dan gas di Kampung Acheh, dari arah bertentangan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Warga emas tetap semangat kibarkan Jalur Gemilang
Next: Ismail Sabri tinjau kesan banjir kepala air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.