Polis Hong Kong arah 6,000 orang dipindahkan selepas penemuan bom Perang Dunia ke-2

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA kecemasan menyiasat bom Perang Dunia II yang tidak diletupkan yang ditemui semasa pembinaan di Hong Kong, pada Jumaat.

HONG KONG: Pasukan Polis Hong Kong mengarahkan pemindahan segera kira-kira 6,000 orang pada Jumaat selepas sebuah bom zaman perang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Daerah Timur, Pulau Hong Kong, lapor Xinhua.

Operasi pelupusan bom itu dijadual bermula pada 2.00 pagi Sabtu waktu tempatan dan dijangka selesai dalam tempoh sehari, menurut polis.

Bom yang dikenal pasti sebagai bahan letupan udara dari Perang Dunia Kedua, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan seberat kira-kira 1,000 paun, menurut sumber.

Pekerja di tapak pembinaan menemui bom itu dan melaporkannya kepada polis pada pagi Jumaat. Selepas penilaian, polis mengesahkan bom berkenaan masih berpotensi berfungsi dan memerlukan pelupusan berisiko tinggi di lokasi, sekali gus mencetuskan pemindahan kecemasan. – Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos