Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Hong Kong arah 6,000 orang dipindahkan selepas penemuan bom Perang Dunia ke-2
  • GLOBAL

Polis Hong Kong arah 6,000 orang dipindahkan selepas penemuan bom Perang Dunia ke-2

Utusan Sarawak 4 days ago
ANGGOTA kecemasan menyiasat bom Perang Dunia II yang tidak diletupkan yang ditemui semasa pembinaan di Hong Kong, pada Jumaat.

HONG KONG: Pasukan Polis Hong Kong mengarahkan pemindahan segera kira-kira 6,000 orang pada Jumaat selepas sebuah bom zaman perang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Daerah Timur, Pulau Hong Kong, lapor Xinhua.

Operasi pelupusan bom itu dijadual bermula pada 2.00 pagi Sabtu waktu tempatan dan dijangka selesai dalam tempoh sehari, menurut polis.

Bom yang dikenal pasti sebagai bahan letupan udara dari Perang Dunia Kedua, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan seberat kira-kira 1,000 paun, menurut sumber.

Pekerja di tapak pembinaan menemui bom itu dan melaporkannya kepada polis pada pagi Jumaat. Selepas penilaian, polis mengesahkan bom berkenaan masih berpotensi berfungsi dan memerlukan pelupusan berisiko tinggi di lokasi, sekali gus mencetuskan pemindahan kecemasan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ribuan artifak dirampas dalam serbuan anti-penyeludupan di Istanbul
Next: Bekas PM Nepal minta siasat, nafi arah lepas tembakan ke arah protes ganas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.