Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau jalankan rondaan MPV berkala di sekolah dan asrama pelajar
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau jalankan rondaan MPV berkala di sekolah dan asrama pelajar

Utusan Sarawak 3 hours ago
POLIS Daerah Bau mempergiat rondaan di empat sekolah menengah sebagai langkah pencegahan jenayah dan kempen kesedaran anti buli.

BAU: Polis Daerah Bau meningkatkan rondaan berkala menggunakan Kenderaan Peronda Polis (MPV) di empat sekolah menengah dan asrama pelajar di daerah ini sebagai langkah memastikan keselamatan pelajar, harta benda sekolah serta menyampaikan kempen pencegahan buli.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman, berkata rondaan yang dijalankan dari 11.00 pagi hingga 10.00 malam itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis bagi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat, di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Katanya, sekolah yang terlibat ialah SMK Bau, SMK Singai, SMK Lake dan SMK Paku.

“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan di kawasan sekolah dan asrama adalah aman serta terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sepanjang rondaan itu, pegawai polis turut menyampaikan nasihat berkaitan aspek keselamatan dan pencegahan buli kepada pelajar yang ditemui.

ANGGOTA polis menjalankan rondaan menggunakan Kenderaan Peronda Polis (MPV) di sebuah sekolah di Bau bagi memastikan keselamatan pelajar, warga sekolah dan harta benda sentiasa terpelihara.

Selain itu, pengawal keselamatan sekolah diingatkan supaya segera memaklumkan kepada polis sekiranya berlaku sebarang insiden seperti pergaduhan, pencerobohan, kehilangan harta benda atau ancaman terhadap keselamatan.

Menurutnya, semua asrama pelajar didapati kosong ketika rondaan dijalankan berikutan pelajar pulang ke rumah masing-masing sempena cuti hujung minggu.

Mohd Haide berkata, polis akan meneruskan rondaan berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan sekolah di daerah ini terus terpelihara.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Projek RM30.4 juta TAT Samarindah tingkat tekanan dan agihan air Samarahan
Next: Kebocoran gas dikesan di kawasan Kampung Dato Kuala Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.