Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis bakal guna kit air liur kesan salah guna dadah sintetik ketika memandu
  • NASIONAL

Polis bakal guna kit air liur kesan salah guna dadah sintetik ketika memandu

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) ketika sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kit ujian air liur bagi mengesan penggunaan dadah sintetik yang dicampur ke dalam cecair rokok elektronik atau vape dalam sekatan jalan raya sebagai langkah membendung pemandu yang memandu di bawah pengaruh bahan terlarang itu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Hussein Omar Khan berkata langkah berkenaan susulan terdapat kemalangan jalan raya membabitkan pemandu yang khayal dengan dadah jenis itu kebelakangan ini.

“Keadaan ini adalah membimbangkan, terdapat pengguna jalan raya yang memandu kenderaan sambil menghisap dadah sintetik yang dimasukkan ke dalam vape ini tanpa sedar mereka telah khayal secara perlahan-lahan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hussein berkata Piu Piu atau Magic Mushroom bukanlah nama jenis dadah tetapi merupakan satu terma untuk pasaran dan promosi dadah jenis cecair sintetik yang dimasukkan dalam peranti rokok elektronik.

“Dadah ini mudah diperoleh sama ada melalui pembelian secara dalam talian, di pusat-pusat hiburan dan dijual dalam kalangan mereka yang menggunakan dadah berkenaan.

“Kesan daripada pengambilan dadah ini menyebabkan penggunanya khayal hingga hilang pertimbangan kewarasan diri,” katanya.

Hussein berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan jumlah kemalangan jalan raya akibat daripada pengambilan dadah ini bakal mencatatkan peningkatan sekali gus menyebabkan lebih banyak nyawa terancam terutama pengguna jalan raya lain.

Katanya, dengan kit berkenaan hasil ujian salah guna dadah dapat diperoleh segera.

Dalam perkembangan berkaitan, Hussein berkata JSJN merekodkan 108 kes membabitkan 138 tangkapan berkaitan penggunaan cecair dadah sintetik di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Bagaimanapun, sehingga 10 Jun tahun ini sahaja, sebanyak 168 kes dengan 267 tangkapan telah direkodkan, menunjukkan peningkatan ketara dalam penyalahgunaan bahan berkenaan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KPKT peruntuk RM200 juta selenggara ribu sejak 2023 – NGA
Next: Ahli akademik Universiti Malaya rakyat Malaysia pertama dilantik teraju Prince Claus Chair

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.