MIRI : Pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi membersihkan sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan trafik di Kampung Pulau Melayu, akibat angin kuat serta hujan lebat petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.53 petang
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian pada jarak 11 kilometer dari balai, .didapati pokok tumbang telah menghalang jalan dari Pulau Melayu ke Lutong.
“Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut sehingga selesai. Operasi turut dibantu oleh enam orang dari Kelab Bot Piasau, lima orang penduduk Kampung Pulau Melayu dan tiga orang dari Sarawak Energy Berhad,” katanya.
Gambar
BERSIHKAN…. Pasukan bomba bersama penduduk kampung dan agensi lain bergotong-royong memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang menghalang laluan jalan ke Kampung Pulau Melayu.