Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok rumbia tumbang, halang laluan ke Klinik Kesihatan Lubok Antu 
  • WILAYAH

Pokok rumbia tumbang, halang laluan ke Klinik Kesihatan Lubok Antu 

Utusan Sarawak 6 months ago

LUBOK ANTU: Lalu lintas kenderaan menuju ke Klinik Kesihatan Lubok Antu dekat sini terganggu setelah sebatang pokok rumbia setinggi lima meter tumbang dan menutup laluan di situ, semalam.

Justeru, pengguna kenderaan telah pun bertindak menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu untuk menyelesaikan masalah terbabit.

“Bertindak atas panggilan, pihak kami segera menghantar skuad My ASPA-O ALPHA untuk memantau kejadian pokok tumbang berkenaan.

“Setibanya di lokasi, anggota segera melakukan operasi memotong pokok tumbang,” kata Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel.

Operasi memotong dan mengalih serpihan pokok terbabit berjalan lancar dengan lalu lintas kenderaan menuju ke klinik kesihatan itu kembali lancar setengah jam kemudian.

“Pihak APM Lubok Antu memuji kepantasan pengguna jalan raya dalam menghubungi kami untuk melaporkan berlakunya kejadian pokok tumbang di laluan itu.

“Justeru, orang ramai di kawasan ini boleh menghubungi kami di talian 083-584639 atau talian kecemasan 999 jika mahu melaporkan kes pokok tumbang atau kecemasan lain di kawasan mereka,” kata Desem.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: 53 penerima TOL Skim Pembesaran Kampung Bukit Kinyau
Next: Pesta Benak: Enam laluan di bandar Simanggang ditutup, dilencong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.