AIR kelapa
POKOK kelapa atau pokok nyiur adalah sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh.
Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan hanya memerlukan sedikit ruang menjadikan salah satu faktor mengapa masyarakat kampung atau luar bandar menjadikannya sebagai sumber makanan dan minuman sampingan mereka.
Terdapat pelbagai kegunaan pokok kelapa. Antaranya ialah boleh menghilangkan dahaga dan rasanya yang manis serta menyejukkan badan.
Bagi mereka yang ingin tambah pendapatan, air kelapa boleh dijadikan sumber pendapatan harian dengan menjualnya di hadapan rumah, tepi jalan, pasar harian dan airnya sangat digemari oleh kebanyakan orang. Dengan menjual air kelapa , boleh memperolehi pendapatan ratusan ringgit seharian.
Buah kelapa tua dijadikan santan digunakan untuk memasak dan membuat kuih muih juga boleh diproses untuk dijadikan minyak, sabun dan marjerin.
Sementara itu, batang pokok kelapa mempunyai struktur yang mampat dan keras sesuai untuk dijadikan jambatan atau titi bagi menyeberangi sungai dan parit.
Sabut kelapa atau kulit buah kelapa didapati dari buah kelapa tua boleh dijadikan berus dan bahan api. Selain itu, sabut kelapa dijadikan bahan api untuk membakar ikan dan penggunaannya sangat mudah bagi menghasilkan bara api.
Dalam pada itu, tempurung kelapa boleh dijadikan hasil kraftangan yang unik seperti cenderamata, rantai kunci dan barang hiasan. Tempurung kelapa juga boleh digunakan untuk membakar ikan.
Untuk daun pokok kelapa, lidi dari daun kelapa juga dijadikan penyapu selain digunakan sebagai sarung ketupat.
Oleh NUR AIN OTSMAN