Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’
  • NASIONAL

PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika hadir pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika hadir pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian  Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan)   di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah  kerajaan  ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’. Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya. 

Ahmad berkata, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat. 

Malah, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah…,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.

Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua sign SD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan … jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin)”.

Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU). 

“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya. 

Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah 遡erajaan pintu belakang・ dan 叢engkhianat・ hendaklah dianggap 爽nparliamentary・ atau bercanggah dengan peraturan Parlimen. – Bernama

Continue Reading

Previous: ATM bersama PGA pasang kawat duri
Next: Isu ‘stateless children’ tarik perhatian MP Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.