Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM umum kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak bakal ditambah
  • SEMASA

PM umum kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak bakal ditambah

Utusan Sarawak 2 hours ago

Anwar ketika berucap pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi, di Tawau, malam tadi. - Foto BERNAMA

TAWAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan ditambah.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa kedua-dua negeri terbabit memohon pertimbangan supaya bilangan kerusi Parlimen ditambah.

“Buat kali pertama sejak 1963, Anwar yang sekarang menjadi Perdana Menteri mengumumkan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak akan ditambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah harus bubar selewat-lewatnya 11 November depan.

Beliau sekali gus mengingatkan semua pihak agar kekal bersatu padu dan mengelak sebarang permusuhan yang boleh menggugat perpaduan.

“Kita pilih orang Sabah yang baik, kita pilih orang Semenanjung yang baik. Kita pakat kerajaan negeri, Persekutuan yang baik untuk jaga kita, ini yang penting,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) itu penting bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang akan mewakili suara mereka.

Sementara itu, Anwar sekali lagi mengulangi bahawa Sabah menerima peruntukan pembangunan yang tertinggi dalam sejarah, bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan, dengan pelbagai bantuan berdasarkan keperluan negeri.

“Tadi, saya di Kota Kinabalu juga sempat melihat kesan banjir, bangunan sekolah, bantu soal tebatan banjir. Saya tengok keperluan tebatan banjir perlu RM39 juta. Hari Isnin ini, saya (hadir) mesyuarat, saya akan luluskan RM39 juta, itu cara kita,” katanya.

Dalam Belanjawan 2025, Sabah menerima peruntukan pembangunan yang tinggi berjumlah RM6.7 bilion sebagai tanda komitmen kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia.-Bernama.

Continue Reading

Previous: PEMBERITAHUAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.