Gempa bumi lemah magntud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat – MetMalaysia

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat pada 9.04 pagi tadi. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat pada 9.04 pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berkenaan berada pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 103.1 darjah Timur, iaitu kira-kira 25 kilometer tenggara Batu Pahat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.

-Bernama

IPU tidak sihat masih dominasi Sarawak

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat masih mendominasi Sarawak apabila 13 daripada 20 stesen pemantauan merekodkan