Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Perancis, Michel Barner disingkir dalam undi tidak percaya
  • GLOBAL

PM Perancis, Michel Barner disingkir dalam undi tidak percaya

Utusan Sarawak 5 months ago

Michel Barnier

PARIS: Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier terpaksa meletak jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik susulan ditolak oleh Ahli Parlimen yang bersatu menyokong usul tidak percaya terhadap beliau.

Konflik terbaru itu sekali gus mencetuskan ketidakstabilan politik di Perancis.

Sejumlah 331 daripada 577 Ahli Parlimen mengundi menentang kerajaan rapuh Barnier, mengambil peluang mereka untuk menjatuhkan ahli politik veteran itu – selepas percubaannya untuk meluluskan bajet tahunan kerajaannya pada Isnin lalu.

Penyingkiran ini menjadikan Barnier Perdana Menteri Perancis pertama yang digulingkan dalam undi tidak percaya sejak 1962.

Barnier memberitahu Ahli Parlimen tindakan menyingkirkan beliau tidak akan menyelesaikan masalah kewangan negara.

Dalam perkembangan sama, Ketua Perhimpunan Kebangsaan sayap kanan, Marine Le Pen menolak kenyataan Barnier dan menyifatkan bajet Perdana Menteri itu sebagai “toksik.”

Sehubungan itu, Barnier akan mengemukakan peletakan jawatannya pagi esok, namun, beliau dijangka akan berkhidmat sementara sehingga Presiden Emmanuel Macron menemui pengganti.

Macron juga dijangka menyampaikan perutusan khas kepada seluruh rakyat Perancis pada pukul 8 malam Khamis (waktu tempatan), kata Istana Elysee dalam kenyataan yang dikeluarkan. – AFP

Continue Reading

Previous: 8 maut bot terbalik terlebih muatan di Guizhou
Next: Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum 20 Januari – PM Qatar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.