Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
  • GLOBAL

PM Lee umum Kabinet baharu Singapura

Utusan Sarawak 5 years ago
LEE HSIEN LOONG

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk Heng Swee Keat yang dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Semasa mengumumkan ahli jemaah menteri baharunya melalui persidangan media dalam talian, Lee berkata Heng juga akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi.

Sementara itu, Chan Chun Sing kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, manakala Ong Ye Kung dilantik sebagai Menteri Pengangkutan selepas penyandang terdahulu Khaw Boon Wang bersara.

Dua menteri kanan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial.

Lee berkata seramai 37 orang akan dilantik, menyamai barisan Kabinet 2015.

Parti Tindakan Rakyat yang diterajui Lee selaku Setiausaha Agung mengekalkan kuasanya pada pilihan raya umum republik itu apabila memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan.-bernama

Continue Reading

Previous: 16 juta terjejas, korban cecah 645,184
Next: Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Jeddah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.