Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM harap Tentera Darat terus komited
  • NASIONAL

PM harap Tentera Darat terus komited

Utusan Sarawak 3 years ago

PORT DICKSON, 1 Mac -- Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain (tengah) bersama para pegawai tertinggi ATM pada Sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Kem Segenting, hari ini. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PANGLIMA Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain bersama para pegawai tertinggi ATM pada Sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Kem Segenting, semalam.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Tentera Darat Ke-89 yang disambut semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap anggota pasukan keselamatan itu terus komited melaksanakan tugas demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Sambil menzahirkan penghargaan atas pergorbanan, perjuangan dan khidmat bakti yang dicurahkan, Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook berkata peranan dimainkan anggota Tentera Darat termasuk ketika pandemik Covid-19 serta bencana banjir merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya.

“Di perbatasan yang penuh cabaran, Tentera Darat mempertaruhkan nyawa dan air mata. Berbekalkan semangat yang tinggi dan ikhlas, mereka berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Saya menjadi saksi bahawa Tentera Darat menjadi sandaran rakyat sebagai tempat titipnya sebuah pengharapan apabila warga Tentera Darat juga membantu mangsa banjir di seluruh negara. Di bawah panas terik jua, mereka cekal membersih, membaiki semula rumah, membina jambatan, dan merawat Keluarga Malaysia yang ditimpa kesakitan melalui Hospital Medan,” katanya.

Beliau berkata, jasa dan pengorbanan anggota Tentera Darat dalam membantu negara tidak seharusnya dilupakan.

“Terima kasih Tentera Darat. Selamat menyambut Hari Tentera Darat Ke-89 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia,” katanya.

Hari Tentera Darat disambut pada 1 Mac setiap tahun. Sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’ tahun ini berlangsung secara fizikal dengan mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) ketat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli politik perlu fokus jaga kepentingan rakyat
Next: Calon BN tekad rampas kerusi Mahkota, Mengkibol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.