Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM arah NADMA perkemas kekuatan jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak 
  • NASIONAL

PM arah NADMA perkemas kekuatan jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak 

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

“Berdukacita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak. Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Anwar berkata Jabatan Pendidikan Negeri turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Beliau berkata Skuad Ihsan MADANI akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta siap siaga bagi penugasan pascabanjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” kata Anwar.

Menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), sebanyak 10,621 mangsa banjir melibatkan 6,692 orang di Sarawak dan 3,929 orang di Sabah ditempatkan di PPS setakat 4 petang ini.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Petronas akan tamatkan khidmat saluran paip gas Sabah-Sarawak
Next: Pelbagai bank sanggup tangguh bayaran ansuran bulanan untuk bantu mangsa banjir di Sarawak, Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.