Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
  • SEMASA

PM Anwar ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Utusan Sarawak 2 days ago
POSTER selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata sambutan Kaamatan dan Gawai tidak sekadar pesta menuai, ia adalah sebahagian dari warisan dan budaya sebuah Malaysia yang rencam dan unik yang diraikan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak dalam semangat kesyukuran dan muafakat.

“Perayaan ini antara lain menjadi cerminan keharmonian, kerukunan dan menjadi simbolik kesyukuran kepada alam dan limpahannya.

“Saya berkeyakinan bahawa sisi kemanusiaan yang luhur dan MADANI mesti terus ditonjolkan dan mesti terus perteguh semangat kemajmukan yang menjadi lambang perpaduan,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, semua pihak perlu bulatkan tekad dan terus bekerja memastikan Sabah dan Sarawak terus menerima limpahan pembangunan yang saksama, baik dari sudut pembangunan, pendidikan mahupun kesihatan agar kesejahteraan rakyat dan generasi penerus kekal terjamin.

“Saya ucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak!” ujarnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mohamed Khaled sertai dialog Shangri-La ke-22 di Singapura
Next: Lebih 90 peratus jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.