PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

Facebook
WhatsApp
DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa. 

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah. – Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan