Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PLUS rugi RM400 juta
  • BISNES

PLUS rugi RM400 juta

Utusan Sarawak 5 years ago

A massive Malaysia flag are displayed at Plus building opposite NKVE highway for independence month this August. I use camera Canon 40D with shutter speed 1/60, f/22 and ISO 200. (METRO BACKPAGE)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

MELAKA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalami kerugian kira-kira RM400 juta dalam tempoh tiga bulan bermula Mac berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu berkurangan sebanyak 90 peratus, daripada 1.7 juta kenderaan sehari kepada 170,000 kenderaan sehari dalam tempoh tersebut.

“Hasil kita jatuh sebanyak 90 peratus iaitu pada Mac, April dan Mei, bagaimanapun, ia kembali meningkat bermula 6 Jun selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri.

“(Namun), RM400 juta tidak boleh diperoleh semula dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat dan pekerja,” katanya pada program Bual Eksekutif: Leadership In Steering The Organisation Across Turbulent Time Towards Recovery From COVID-19 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS kini meningkat kepada 1.5 juta sehari dan dijangka terus meningkat jika kerajaan membuka sepenuhnya pintu sempadan Malaysia-Singapura pada masa akan datang.

Katanya pengurusan PLUS membuat banyak keputusan penting untuk mengelak impak yang besar kepada pengoperasian PLUS dan kebajikan pekerja.

“Apa pun saya tidak akan memotong gaji pekerja dan akan memastikan kira-kira 3,800 orang dapat terus bekerja dalam situasi getir ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata, PLUS tidak melupakan aspek tanggungjawab sosial korporat kepada barisan hadapan khususnya pihak hospital di negara ini dalam menangani pandemik COVID-19.

“PLUS telah menyalurkan RM1.2 juta bagi menyediakan peralatan perlindungan diri dan peralatan perubatan untuk disumbangkan kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

“Pekerja PLUS turut membuat kutipan berjumlah RM128,000 untuk disumbangkan dalam bentuk fasiliti perubatan kepada tujuh hospital di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata program itu merupakan platform terbaik bagi tokoh negarawan dan ilmuan negara untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman luas mereka bersama seluruh warga UTeM dalam menyokong pembangunan modal insan yang lebih cemerlang.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan menarik
Next: BSN umum pemenang ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.