Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PLKN siri 2/2025 bermula 11 Mei
  • NASIONAL

PLKN siri 2/2025 bermula 11 Mei

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR fail PLKN.

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan memaklumkan panggilan kemasukan pelatih bagi sesi latihan selama 45 hari itu boleh disemak bermula hari ini melalui laman sesawang rasmi di https://jlkn.mod.gov.my/. 

Menurut JLKN, seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik yang merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan.

“Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan manakala modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/ atau Unit Pelatih di talian 03-40133 613/03-40133 618 atau e-mel ke info.jlkn@mod.gov.my. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Undang-undang tangani fitnah AI perlu digubal- Yang Dipertua Dewan Rakyat
Next: Hafiz cilik Ahmad Ziyyad Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.