Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Platform pupuk silaturahim antara belia, komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Platform pupuk silaturahim antara belia, komuniti

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Dato Doreen Mayang menyempurnakan Jerayawara Bubur Lambuk bagi 2025 bertempat di pekan Spaoh, petang semalam. Foto Widyawati Sulaiman

SPAOH: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Bukit Saban meneruskan aktiviti tahunannya sempena Ramadan iaitu Jerayawara Bubur Lambuk 2025 di Pekan Spaoh, petang semalam.

Pada tahun ini, penganjuran program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas mendapat kerjasama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas agih bubur lambuk kepada penduduk setempat. Foto Widyawati Sulaiman

Simbolik pengagihan bubur lambuk telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Dato Doreen Mayang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri Sarawak, Iszuan Haironi dan Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah.

Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas merupakan acara tahunan yang saban tahun diadakan di Ramadan sebagai platform untuk memupuk silaturahim di antara para belia dengan komuniti setempat dan seterusnya memupuk semangat keprihatinan khasnya di bulan suci ini.

Sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk setempat di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Saban.

Tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Saberkas Unit Kampung Spaoh dan semua yang telah hadir menjayakan program tahunan bersempena Ramadan ini.
Oleh Adi Saparman

Continue Reading

Previous: Pembinaan jambatan Merio bernilai RM16 juta
Next: Kerjasama, sokongan perlu diteruskan demi jayakan aktiviti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.