PJBS tangguh program

Facebook
WhatsApp
PRESIDEN PJBS… Bujang Adris Mayah (kiri) bersama Lagenda Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamed (kanan).

PERSATUAN Jurulatih Bola Sepak Sarawak (PJBS) memuktamad keputusan untuk menangguh kesemua program yang telah disusun atur sepanjang tahun ini.

Keputusan tersebut dilakukan ekoran kebimbangan penularan virus berbahaya (Covid -19) yang melanda negara dan dunia sebelum ini.

Presiden PJBS, Bujang Adris Mayah memberitahu, memang banyak program yang berada dalam radar pihaknya sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun katanya, ia terpaksa ditangguh terlebih dahulu demi memastikan keselamatan semua pihak terlibat.

“Kita tahu musibah penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia menghantui umum sejak beberapa bulan lalu.

“Oleh yang demikian, kita mengambil keputusan untuk menangguh semua program yang bakal dilaksana,” ujar Bujang Adris ketika ditemui semalam.

Jelas Bujang Adris, fokus utama pihaknya cuba menganjur kursus kejurulatihan di beberapa kawasan seluruh Sarawak dalam usaha melahir lebih ramai kalangan individu yang bakal bergelar jurulatih.

Apa pun menurut Bujang Adris, pihaknya terbuka menerima musibah yang menjurus kesan yang amat ketara terhadap dunia kejurulatihan.

“Diharap masalah ini akan berakhir sepenuhnya supaya kami dapat meneruskan usaha mengelola lebih banyak kursus kejurulatihan bola sepak,” katanya.

Oleh Faizal Bujang

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak

Kanowit catat IPU 244, Lubok Antu 205

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 244 pada 8.00 pagi ini, berada pada tahap