Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pijak wanita hamil,lelaki dipenjara 3 tahun
  • GLOBAL

Pijak wanita hamil,lelaki dipenjara 3 tahun

Utusan Sarawak 5 years ago
RANA Elasmar wanita yang diserang seorang lelaki Australia pada November tahun lalu. Suspek dihukum penjara tiga tahun.

SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang bertindak menumbuk dan memijak seorang wanita Muslim yang sedang sarat hamil tahun lalu, dihukum penjara tiga tahun.

Rana Elasmar, ibu kepada empat anak sedang hamil 38 minggu ketika diserang pada November tahun lalu, lapor Nine News, agensi media di bawah CNN.

Dalam insiden itu, wanita berkenaan yang mengenakan hijab sedang duduk di sebuah kafe di Sydney ketika tertuduh, Stipe Lozina menghampiri mejanya.

Selepas berlakunya perbualan pendek, Lozina tiba-tiba menumbuk Elasmar beberapa kali dan kemudian bertindak memijak kepalanya apabila dia terjatuh.

Rakan-rakan Elasmar dan orang awam turut membantu dan menghalang perilaku ganasnya tertuduh.

Lozina didapati dengan sengaja mengeluarkan kata-kata berbaur rasis dan menyerang wanita berkenaan walaupun tidak berlaku sebarang provokasi.

Dalam insiden itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan bagaimanapun kandungannya tidak terjejas.

Dalam pada itu, Lozina mengaku bersalah, bagaimanapun beliau mendakwa ia bukan satu serangan Islamofobia atau rasis.

“Saya tidak membenci mereka, cuma berbeza pandangan,” kaanya kepada mahkamah. – AFP

Continue Reading

Previous: Sheikh Nawaf angkat sumpah
Next: Pegawai polis India digantung perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.