Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PIBG SK Ng Entaih terima sumbangan
  • TEMPATAN

PIBG SK Ng Entaih terima sumbangan

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Rolland Duat Jubin (empat, kanan) menyerahkan sumbangan cek kepada PIBG SK Nanga Entaih, Sabtu lalu.

SARIKEI: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga (Ng) Entaih, Julau menerima sumbangan cek sebanyak RM10,000 dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin.

Rolland berkata, sumbangan tersebut untuk menjayakan segala program PIGB SK Nanga Entaih yang dirancang pada tahun ini.

“Saya berharap PIBG sekolah ini dapat terus bergerak aktif dalam penganjuran program yang boleh membawa impak positif kepada pihak sekolah, pelajar ibu bapa dan juga masyarakat sempat.

“Manfaatkan peruntukan ini sebaiknya untuk menganjurkan aktiviti yang membawa kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjalankan lawatan kerja lawatan kerja ke SK Nanga Entaih, Julau, Sabtu lalu.

Semasa lawatan itu, Rolland turut meluluskan peruntukan berjumlah RM1,000 kepada sekolah tersebut untuk masalah air ketika musim kemarau bagi membeli pam air elektrik untuk mengepam air ke tangki simpanan air sekolah.

Katanya, sebagai wakil rakyat di DUN Meluan, beliau mementingkan perkembangan dalam bidang pendidikan untuk masyarakat di kawasan tersebut.

“Bagi memastikan ia dicapai dengan jayanya, saya berharap komitmen dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dan tidak membebankan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah sahaja.

“Kerjasama dan kesepakatan dalam memajukan bidang pendidikan menjadi lebih mudah jika semua pihak tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing dalam menentukan hala tuju pendidikan anak-anak generasi masa kini,” ujarnya.

Turut hadir, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Brian Fung Kok Shiun dan Guru Besar SK Nanga Entaih, Stephen Johnson.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Sediakan ruang niaga di jalan Kota Samarahan – Masing
Next: Jalan ke Bandar Bintulu penuh sesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.