Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim platform orang ramai serlah bakat dalam boling
  • SUKAN

Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim platform orang ramai serlah bakat dalam boling

Utusan Sarawak 7 months ago
UNTUK ALBUM… Dato’ Ahmad Ibrahim dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakamkan gambar bersama peserta yang menyertai pertandingan.

KUCHING: Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim menyediakan platform untuk orang ramai menyerlahkan bakat dalam sukan tersebut.

Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa, Dato’ Ahmad Ibrahim berkata penganjuran pertandingan itu juga adalah untuk menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat.

”Pertandingan boling hari ini bukan sahaja dapat menyihatkan kita dari segi minda dan jasmani malah secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

”Ibarat kata orang-orang tua, yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita mesrakan bagi menjalinkan satu hubungan yang diharapkan akan kekal abadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis perasmian Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim di Megalanes Emart Batu Kawa di sini, semalam.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Timbalan Premier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Difahamkan, pertandingan itu merangkumi sedikit sebanyak tiga DUN di bawah kawasan parlimen Stampin dan empat ke lima pasukan jemputan.

”Ini merupakan tahun ketujuh kita mengadakan pertandingan sebegini kecuali ketika pandemik Covid-19.

”Justeru, saya berharap tahun-tahun akan datang kita dapat bersama lagi untuk memeriahkan program seperti ini,” ujarnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Genap 8 tahun, Sukan Muaythai semakin mendapat sambutan golongan belia
Next: KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius penganjuran LTDL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.