Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Piala Dunia: Perlawanan pemanas badan England tergendala kerana ribut petir
  • TEMPATAN

Piala Dunia: Perlawanan pemanas badan England tergendala kerana ribut petir

Utusan Sarawak 6 hours ago
AMARAN sambaran kilat dipaparkan pada skrin besar sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa antara England dan Costa Rica di Stadium Inter&Co. Foto AFP

ORLANDO: Perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia terakhir England menentang Costa Rica ditangguhkan selepas ribut petir melanda Orlando.

Ribut petir berlaku sekitar 1.00 tengah hari (1700 GMT) waktu tempatan dan membadai bandar Florida tanpa henti berserta hujan lebat dan kilat.

Pasukan Thomas Tuchel dijadualkan menentang pasukan Amerika Tengah itu pada 4.00 petang waktu Timur (9.00 malam BST) namun padang di Stadium Inter&Co dinaiki air sejam setengah sebelum perlawanan bermula.

Walaupun air surut dengan cepat, sepak mula ditunda 20 minit kerana hujan dan cuaca buruk berterusan di kawasan itu.

Perlawanan boleh ditangguhkan selama 30 minit lagi jika terdapat satu lagi sambaran petir dalam radius lapan batu dari stadium.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak: “Perlawanan hari ini menentang Costa Rica ditangguhkan kerana keadaan cuaca di Orlando. Kami akan memberikan kemas kini selanjutnya sebaik sahaja kami memperolehnya.”

Peminat England mencari tempat berlindung termasuk ada yang memasuki perpustakaan tempatan, manakala yang lain terpaksa mengharungi cuaca buruk. – Bernama

Continue Reading

Previous: Arab Saudi lancar syarikat penerbangan baharu di sebalik perang Iran
Next: Bintulu jadi Kluster Perindustrian Peralihan pertama di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.