Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala AFF B-23: Malaysia tewas 0-2 kepada Filipina pada aksi pembukaan
  • SUKAN

Piala AFF B-23: Malaysia tewas 0-2 kepada Filipina pada aksi pembukaan

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO Bernama.

JAKARTA: Pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) tewas 0-2 kepada Filipina pada aksi pembukaan Kumpulan A bagi Piala AFF B-23 2025 di Stadium Gelora Bung Karno di sini hari ini.

Skuad muda negara yang menguasai sebahagian besar permainan seawal babak pertama, melancarkan beberapa percubaan ke arah pintu gol termasuk rembatan yang terkena palang pasukan lawan.

Namun, ketumpulan jentera serangan menjadi penghalang apabila beberapa peluang gagal disempurnakan, manakala penjaga gol Filipina turut bertindak cemerlang menafikan deretan percubaan berbahaya pemain negara.

Sebaliknya, Filipina tampil lebih tajam di hadapan pintu gol pasukan negara apabila Otu Bisong membuka jaringan seawal minit ke-9 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-40, hasil serangan balas pantas.

Penjaga gol Malaysia turut mempamerkan aksi meyakinkan dengan menyelamatkan gawang bagi mengelak kekalahan lebih besar pasukan yang dibimbing ketua jurulatih Nafuzi Zain, yang dilantik pada 16 Dis tahun lepas.

Masuk babak kedua, Malaysia terus menguasai permainan tetapi buntu mencari jaringan, manakala barisan pertahanan Filipina kekal kental dan berdisiplin, berjaya menyerap tekanan tanpa membenarkan gawang mereka dibolosi.

Malaysia kini perlu bangkit pada aksi kedua Kumpulan A menentang Brunei di stadium sama pada Jumaat.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong lepasi halangan pertama
Next: Tiga beregu campuran lepasi halangan pertama di Terbuka Jepun 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.