Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PHKL jadikan Liga Hoki Terbuka 2025 platform pemilihan pemain SUKMA
  • SUKAN

PHKL jadikan Liga Hoki Terbuka 2025 platform pemilihan pemain SUKMA

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) akan menjadikan Liga Hoki Terbuka PHKL-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2025 sebagai medan pencarian pemain bagi mewakil kontinjen itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.

Naib Presiden PHKL Datuk Rosal Azimin Ahmad berkata senarai pemain akan menggalas tugas kontinjen Wilayah Persekutan ke temasya itu yang akan diadakan di Selangor masih terbuka dan belum dimuktamadkan.

“Kita ada semua jurulatih bagi SUKMA yang telah dilantik untuk hadir ke setiap perlawanan untuk cari pemain.

“Ikutkan senarai pemain itu sudah ada tapi kita tetap akan menilai menerusi kejohanan ini,” katanya yang juga merupakan pengurus pasukan hoki Wilayah Persekutuan bagi SUKMA, dalam sidang media penganjuran kejohanan itu di sini hari ini.

Kejohanan yang menampilkan 19 pasukan akan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil dan Stadium Hoki Tun Razak dari 3 Mei hingga 6 Julai ini.

Rosal berkata kejohanan tersebut yang kali terakhir dianjurkan pada 2023 bakal dimeriahkan dengan penglibatan pemain kebangsaan.

Pada SUKMA lepas di Sarawak, Wilayah Persekutuan terkandas dalam aksi separuh akhir hoki berpasukan lelaki selepas tewas kepada Perak yang melakar kemenangan dramatik menerusi penentuan ‘shoot-out’ 4-3 apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3. — Bernama

Continue Reading

Previous: Tarikh akhir penyerahan dokumen pelesenan kelab dilanjutkan
Next: Kejohanan sukan sekolah platform lahir atlet cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.