Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak tumpas kegiatan penyeludupan libat rampasan hampir RM12 juta
  • JENAYAH

PGA Sarawak tumpas kegiatan penyeludupan libat rampasan hampir RM12 juta

Utusan Sarawak 2 days ago
Foto PGA

KUCHING:  Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis barangan termasuk rokok dan minuman keras dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM11.93 juta menerusi Op Taring Alpha dan Op Taring Awas/Batas di beberapa lokasi di negeri ini baru-baru ini.

Timbalan Komander Briged Sarawak PGA ACP Rosdi Inai berkata dalam serbuan pertama di Sri Aman pada 4.30 pagi semalam, sebanyak 21,500 karton rokok putih dan 51,216 liter minuman keras pelbagai jenama dipercayai belum lulus cukai kastam dirampas selepas menahan dua buah treler.

“Dua lelaki tempatan berumur 44 dan 50 tahun turut ditahan manakala dua treler berserta empat kontena dirampas dengan nilai keseluruhan dianggar bernilai RM10.47 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosdi berkata dalam serbuan kedua di Bau pada 8 Jun kira-kira 9.30 malam, PGA menahan dua lori yang disyaki membawa rotan tanpa dokumen sah, selain menahan dua lelaki tempatan berumur 25 dan 33 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan 15 tan rotan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah  RM620,000,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam dua operasi berasingan pada 6 Jun, PGA berjaya merampas produk sejuk beku di daerah Bau dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun. 

“Di lokasi pertama itu, sebuah lori yang membawa 7,800 kilogram daging sejuk beku tanpa permit ditahan kira-kira 10.05 malam dengan nilai rampasan bernilai kira-kira RM488,600.

“Di lokasi kedua pada 6.10 pagi di Padawan, seorang lelaki berumur 27 tahun diberkas bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier yang dilaporkan telah dibawa lari melalui cara penipuan. Nilai kenderaan terbabit dianggar RM175,000,” katanya.

Beliau berkata kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bahagian Kuching, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bau dan IPD Padawan untuk tindakan lanjut.– Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan cuba curi pengubah elektrik di Jalan Kuala Balingian
Next: Banduan parol menghilangkan diri di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.