Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
  • TEMPATAN

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (kanan) menyantuni penerima sumbangan Kasih HAWANA pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi 2025 di Auditorium Seri Angkasa hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Petugas media dari seluruh negara dijemput menyertai Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 yang merupakan antara acara istimewa bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan buat julung kali bertujuan mengangkat seni pantun sebagai warisan bangsa yang wajar dipelihara dan dimartabatkan.

Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj berkata pertandingan itu bertujuan menyemarakkan semangat kebudayaan dalam kalangan warga media sambil memperkukuh jaringan ukhuwah sesama petugas.

“Pantun ialah warisan intelektual Melayu yang mencerminkan keindahan bahasa, nilai murni dan kecerdasan minda. Menerusi pesta ini, kita ingin menyemai semula kecintaan terhadap seni sastera dalam kalangan pengamal media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media dengan tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 15 Mei ini.

Pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 31 Mei.

Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 diharap dapat menarik penyertaan pelbagai agensi media dari seluruh negara dalam suasana pertandingan yang santai, tetapi sarat dengan nilai warisan dan kebudayaan.

HAWANA yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas dianjurkan buat kali pertama pada 2018 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan para pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada Jun dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 boleh menghubungi Ziana Nasir melalui talian 01157540939.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pemangku Presiden Korea Selatan ikrar tadbir urus stabil menjelang pilihan raya
Next: Kong kecam keadaan taman awam terbiar di Stampin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.