Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PETROS peruntuk perbelanjaan modal RM40 bilion bagi lima tahun akan datang
  • BISNES

PETROS peruntuk perbelanjaan modal RM40 bilion bagi lima tahun akan datang

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGERUSI PETROS Tan Sri Hamid Bugo

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), syarikat minyak dan gas milik kerajaan Sarawak, memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo.

Beliau berkata, syarikat itu mencatatkan hasil berjumlah RM4 bilion tahun lalu dan angka ini diunjurkan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Petros kini menyertai dalam 19 kontrak perkongsian pengeluaran secara kerjasama dengan pemain utama minyak dari beberapa negara dan ini juga dijangka turut berkembang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-7 PETROS di sini, malam tadi.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hamid berkata, sejak dilancarkan pada 7 Ogos 2017, PETROS telah berkembang sebagai pemain bersepadu, aktif menyertai seluruh rantaian nilai minyak dan gas, menyelaras usaha untuk memperkasa pembangunan ekonomi sosial di Sarawak.

Beliau berkata di bawah pelan hala tuju gasnya, PETROS sedang membangunkan empat hab strategik di Kuching, Miri, Bintulu dan Similaju, dengan potensi pelaburan sebanyak RM100 bilion bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dan bersama-sama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), menjadi pengedar tunggal gas petroleum cecair di Sarawak.

“Kami juga membelanjakan sebanyak RM4.7 juta pada 2023 untuk inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat kami dan jumlah yang hampir sama pada 2024, sebahagian besarnya untuk pendidikan dan kesihatan,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit ditutup rendah hari kedua berturut-turut banding dolar AS
Next: Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.