Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PETRONAS, media Sarawak bekerjasama tingkat pemahaman berkaitan industri minyak, gas
  • TEMPATAN

PETRONAS, media Sarawak bekerjasama tingkat pemahaman berkaitan industri minyak, gas

Utusan Sarawak 12 months ago
RAKAM KENANGAN… Siti Azlina Abdul Latif dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para media.

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) komited untuk terus bekerjasama dengan media Sarawak untuk meningkatkan pemahaman golongan itu mengenai industri minyak dan gas.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Strategik Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi (GSRC), Siti Azlina Abdul Latif berkata, langkah itu berikutan mengambil kira indistri itu yang semakin kompleks serta peralihan kepada tenaga baharu.

“Justeru, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif membina hubungan berterusan kami untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan media di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap sempena majlis makan malam PETRONAS Ngiling Bidai bersama media di salah sebuah restoran di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau juga majlis makan malam itu mampu memupuk hubungan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Seperti yang anda ketahui, PETRONAS meraikan Ulang Tahun ke-50 kami pada Ogos ini dan kami mendapat inspirasi untuk meneruskan legasi kami untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara,” tambahnya.

Program malam itu turut dimeriahkan dengan kuiz serta pemilihan pakaian terbaik antara pihak media.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah M Rabu, Pengurus Besar Media Digital Siti Safarina Amrita Alias, Pengurus Kanan Komunikasi Media, PETRONAS Sarawak Praevitriana Yuliawiratman, Pengurus Kanan PETRONAS Sarawak Nor Azam Abg Zawawie dan Rhymie Rashidie Ibrahim.

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Sapok Biki, Tee Kui, Sharifah Nurhalimatun ketuai larian baton SUKMA Bahagian Samarahan
Next: Kerajaan Sarawak luluskan RM160 juta bina baharu jambatan kedua di Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.