Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PETRONAS labur dalam pemula niaga
  • BISNES

PETRONAS labur dalam pemula niaga

Utusan Sarawak 5 years ago
PELABURAN tersebut akan melengkapkan pertumbuhan perniagaan tenaga PETRONAS yang baharu di pasaran solar.

KUALA LUMPUR: PETRONAS melalui bahagian modal teroka korporatnya, PETRONAS Ventures telah memeterai perjanjian dengan pemula niaga tenaga, SOLS Energy Sdn Bhd bagi melabur dalam sistem fotovoltaik solar (PV) yang mampu menyediakan tenaga lestari untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kediaman di Malaysia.

Ketua PETRONAS Ventures Mohd Azli Ishak berkata, pelaburan tersebut akan melengkapkan pertumbuhan perniagaan tenaga PETRONAS yang baharu di pasaran solar.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan agenda kelestarian PETRONAS dan matlamat pembangunan mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi tumpuan kepada penyediaan pendidikan teknikal yang berkualiti kepada belia, penggalakan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pengurangan pengeluaran gas rumah hijau melalui penjanaan tenaga bersih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Perjanjian itu juga menandakan inisiatif pelaburan modal teroka kedua bagi syarikat minyak dan gas negara itu, dalam usahanya bagi mengukuhkan komitmen PETRONAS dalam ruang tenaga boleh diperbaharui sebagai rakan kongsi penyelesaian.

SOLS Energy adalah sebuah syarikat penyelesaian sehenti yang mereka bentuk, mengedar, menyelenggara dan memasang sistem tenaga solar berkualiti tinggi pada kadar yang kompetitif.

Ia juga menjalankan akademi solar pertama di Malaysia yang menawarkan kemahiran teknikal dalam industri solar termasuk latihan pembangunan peribadi kepada belia tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raj Ridvan berkata syarikat tersebut berhasrat untuk mewujudkan masa hadapan yang dijana dengan teknologi dan tenaga yang lestari.

“Kami percaya penerimaan sistem solar PV  berada pada titik penerimaan di Malaysia, dan dengan peraturan kerajaan membabitkan pemeteran tenaga bersih serta kos peralatan yang lebih rendah, kami melihat saiz pasaran yang berpotensi besar di Malaysia serta di Asia Tenggara,” katanya.

Transaksi daripada perjanjian ini dijangka selesai pada akhir Julai tahun ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: FGV teruskan konsep perladangan model
Next: Wadah perjuangan tingkatkan sosioekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.