Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas, Jera meterai perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun
  • BISNES

Petronas, Jera meterai perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut rakan sejawatnya dari Jepun Sanae Takaichi pada sambutan rasmi lawatan beliau di Pejabat Perdana Menteri hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membekalkan gas asli cecair (LNG) kepada Jera Co Inc dari Jepun selama 20 tahun bermula pada 2028 di bawah perjanjian jangka panjang yang baharu.

Menurut Petronas, perjanjian itu, melalui anak syarikat milik penuhnya, Petronas LNG Ltd (PLL) akan membekalkan sehingga kira-kira dua juta tan LNG setahun.

Katanya pemeteraian perjanjian baharu itu akan melanjutkan kerjasama dengan Jera bagi tempoh 20 tahun.

“Ini memperkukuh kedudukan Petronas sebagai pembekal utama kepada Jepun, antara pengimport LNG terbesar dunia,” menurutnya.

Petronas memaklumkan pemeteraian perjanjian itu menandakan transformasi daripada perjanjian bekalan LNG tradisional kepada perjanjian bekalan yang lebih fleksibel, memperkukuh lagi kedudukan syarikat sebagai pembekal LNG yang dipercayai dengan meningkatkan keupayaan bekalannya.

“LNG akan dihantar menggunakan kapal pengangkut LNG generasi baharu milik Petronas yang berkapasiti 174,000 meter padu, direka untuk mematuhi piawaian pelepasan yang dipertingkatkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa, menyokong operasi yang lebih cekap dan rendah pelepasan karbon,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas dan Maritim Petronas Datuk Adif Zulkifli berkata syarikat menghargai kerjasama kukuh yang telah dibina dengan Jera selama beberapa dekad, disokong oleh kepercayaan dan tumpuan bersama terhadap kebolehpercayaan.

“Kami berharap dapat membina asas ini dan kami terus menyokong keperluan tenaga Jepun yang berkembang,” katanya.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian itu di Tokyo. Acara tersebut dihadiri oleh Adif dan Pegawai Eksekutif Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai Bahan Api Rendah Karbon Jera, Ryosuke Tsugaru. – Bernama

Continue Reading

Previous: OPR dijangka kekal 2.75 peratus pada 2026 susulan kekuatan permintaan domestik – Kenanga IB
Next: Malaysia teroka sumber minyak mentah baharu, kesesuaian pemprosesan turut dinilai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.