Pesuruhjaya Polis Sarawak kunjungi Timbalan Premier Sarawak sebelum ke Bukit Aman

Facebook
WhatsApp
KUNJUNGAN…Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini. Foto FB Polis Sarawak

PETRA JAYA: Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pagi tadi.

Kunjungan berkenaan diadakan bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara kerajaan Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertemuan itu turut menjadi kunjungan perpisahan Mohamad Zainal kepada Uggah susulan pelantikan beliau sebagai Pengarah Pengurusan PDRM di Bukit Aman.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Kumarasan Muniandy ketika kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini. Foto FB Polis Sarawak

Mohamad Zainal akan berpindah ke Bukit Aman bagi menggalas tanggungjawab baharunya selepas berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Kunjungan tersebut juga sebagai tanda penghormatan beliau kepada Timbalan Premier Sarawak sebelum meneruskan tugas di Bukit Aman.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Kumarasan Muniandy.