Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Pulau Bruit 2025 meriah, pacu impak ekonomi dan pembangunan setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Pulau Bruit 2025 meriah, pacu impak ekonomi dan pembangunan setempat

Utusan Sarawak 1 week ago
PELANCARAN….Abdullah Saidol bersama Yusuf menyempurnakan Majlis Pelancaran Pesta Pulau Bruit 2025 Mini Agrofest di Tapak Pesta Kampung Semop, malam tadi.

PULAU BRUIT: Pesta Pulau Bruit 2025 yang telah membuka tirainya semalam, berlangsung meriah dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya ialah pesta sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pameran dan taklimat agensi kerajaan, persembahan pentas artis jemputan, mini agrofest (jualan hasil tani dan laut) dan cabutan bertuah.

Majlis perasmian pesta tersebut yang berlangsung malam tadi, telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol bersama Ahli Parlimen Tanjung Manis berkata, Yusuf Abd Wahab.

Dalam ucapannya, Abdullah Saidol berkata, dengan siapnya Jambatan Batang Paloh tahun hadapan serta pelaksanaan projek pembangunan bernilai jutaan ringgit, Pulau Bruit dijangka muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu di Sarawak.

TERIMA KASIH….Abdullah Saidol menerima cenderamata daripada Zul (kanan) pada Majlis Pelancaran Pesta Pulau Bruit 2025 Mini Agrofest di Tapak Pesta Kampung Semop, malam tadi.

Menurutnya, kawasan tersebut bakal menikmati pelbagai projek pembangunan bernilai jutaan ringgit hasil limpahan daripada penganjuran Pesta Pulau yang mendapat perhatian Premier Sarawak pada tahun lalu.

“Antara projek utama yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk pembinaan pasar tani serta medan selera bernilai RM6.5 juta, pengemaskinian kawasan Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) Semop bernilai RM6 juta dan pembinaan Dewan Masyarakat Pulau Bruit bernilai RM7.8 juta.

“Dewan itu turut dilengkapi kawasan lapang yang berpotensi dijadikan ssbagai lokasi tetap Pesta Pulau Bruit pada masa akan datang, dengan kemudahan lebih luas dan selesa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu turut memaklumkan bahawa projek perumahan kerajaan melibatkan 50 unit rumah baharu di kawasan RGC kini dalam perancangan, manakala sebuah klinik dan balai polis masih dalam proses permohonan.

“Dua blok rumah kedai juga akan dibangunkan bagi menjadikan kawasan itu sebuah pekan kecil baharu di Pulau Bruit. Dengan siapnya Jambatan Batang Paloh tahun depan, Pulau Bruit akan berkembang pesat sebagai pusat ekonomi baharu,” kata beliau.

Mengulas tentang penganjuran Pesta Pulau Bruit, Abdullah Saidol memberitahu, pesta tersebut mengekalkan identiti sebagai Agrofest Mini dengan menampilkan produk hasil tani dan laut penduduk tempatan, selain dimeriahkan sukan rakyat, pertandingan hiburan, pameran layang-layang dan pelbagai acara lain.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab, memaklumkan bahawa sebuah astaka baharu akan dibina di padang bola Kampung Semop di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR), bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat menganjurkan pelbagai acara kemasyarakatan.

Menurutnya, projek tersebut disenaraikan selepas menerima permohonan daripada penduduk dan ketua kaum kampung berkenaan.

“Padang bola ini telah siap untuk kemudahan penduduk kampung. Tetapi permohonan daripada penduduk kampung dan juga ketua kaum telah menjurus kepada pembinaan sebuah astaka untuk padang bola sepak ini.

“Jadi kita telah menyenaraikan projek astaka di bawah Projek Mesra Rakyat kita di Parlimen P206. Insya-Allah kita akan membina sebuah astaka untuk padang bola sepak ini,” ujarnya.

Pesta Pulau Bruit 2025 berlangsung mulai semalam hingga 28 September, manakala aktiviti jualan dilanjutkan sehingga 30 September bagi memberi peluang kepada para peniaga serta menarik lebih ramai pengunjung untuk mengenali Pulau Bruit.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Daro, Zul Usop.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bangunan baharu Pejabat Daerah Subis tingkat kecekapan pentadbiran
Next: Transformasi kesihatan negara fokus utama Karnival Santuni MADANI dan Jelajah ANMS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.