Bangunan baharu Pejabat Daerah Subis tingkat kecekapan pentadbiran

Facebook
WhatsApp
PROJEK SIAP… Projek pembinaan Pejabat Daerah Subis yang telah disiapkan sepenuhnya pada 13 Ogos lalu. Foto JKR Sarawak

BEKENU: Projek pembinaan Pejabat Daerah Subis telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 13 Ogos lalu, sekali gus menjadi mercu baharu dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, bangunan baharu ini merangkumi blok pejabat dua tingkat dan pondok pengawal.

PROJEK SIAP… Projek pembinaan Pejabat Daerah Subis yang telah disiapkan sepenuhnya pada 13 Ogos lalu. Foto JKR Sarawak

“Bangunan baharu ini direka untuk menyediakan kemudahan lebih moden, selesa dan efisien. Siapnya projek ini, urusan pentadbiran serta perkhidmatan rasmi untuk orang awam dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih kondusif,” katanya hari ini.  

Tambahnya, projek ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk menambah baik infrastruktur pentadbiran khususnya di kawasan luar bandar.

PROJEK SIAP… Projek pembinaan Pejabat Daerah Subis yang telah disiapkan sepenuhnya pada 13 Ogos lalu. Foto JKR Sarawak

“Kemudahan baharu ini dijangka bukan sahaja meningkatkan keberkesanan operasi pejabat daerah, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Subis secara keseluruhannya,” jelasnya lagi.

Oleh Adum Liu