Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Terhempas: Dua maut
  • GLOBAL

Pesawat Terhempas: Dua maut

Utusan Sarawak 5 years ago

ALABAMA: Dua askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas pesawat milik tentera laut terhempas di Foley, semalam.

Jet malang itu adalah pesawat latihan T-6B Texan II, terhempas kira-kira jam 5 petang. waktu tempatan (2200 GMT) di sebuah bandar berhampiran Pantai Teluk, kata Angkatan Udara Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

“Tidak ada orang awam yang cedera di lapangan,” kata Pejabat Sheriff Baldwin County menerusi Twitter.

Sementara itu Angkatan Udara Tentera Laut dalam kenyataannya berkata, nama-nama mangsa tidak akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam sehingga waris mangsa dimaklumkan.

Pesawat itu berlepas dari Naval Air Station Whiting Field, sekitar 30 batu (48.28 km) timur laut Pensacola, Florida, kata seorang jurucakap Angkatan Laut.

Pejabat sheriff mengatakan pegawai Jabatan Pertahanan dan Tentera Laut AS. akan mengendalikan siasatan dan memberikan maklumat terkini

Ketua Bomba Foley, Joey Darby memberitahu media, kejadian itu menyebabkan sebuah rumah terbakar tetapi dapat dikawal. – AFP

Continue Reading

Previous: Lapan maut dalam serangan bersenjata
Next: TUJUH MAUT dalam letupan pusat pengajian agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.