MOSCOW: Angka korban dalam nahas pesawat tentera di bandar Yeysk di selatan Rusia meningkat kepada 13 orang.
“Menurut Kementerian Kecemasan selepas runtuhan dibersihkan ada lagi mayat ditemukan di lokasi nahas. Sehingga 6.00 pagi 18 Oktober, 13 mayat sudah ditemukan termasuk tiga kanak-kanak,” laopr Sputnik memetik pembantu kepada menteri kesihatan Rusia.
Beliau berkata, 19 lagi dilaporkan cedera.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan sebuah jet pejuang supersonik Su-34 Rusia terhempas di Yeysk dan juruterbangnya berjaya melenting keluar dari pesawat itu.
Jet berkenaan terhempas di kawasan perumahan. – Bernama

Lapangan terbang baharu Australia mula penerbangan penumpang
MOSCOW, 25 Oktober: Lapangan terbang baharu Australia, Lapangan Terbang Antarabangsa Western Sydney mula mengendalikan penerbangan penumpang selepas hampir tujuh tahun




