Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin, kokpit
  • GLOBAL

Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin, kokpit

Utusan Sarawak 5 months ago

VIENNA: Sebuah pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas di Austria akibat masalah enjin dan asap di dalam kabin dan kokpit, menyebabkan 17 individu memerlukan rawatan perubatan, lapor agensi berita Jerman (dpa).  

SWISS, yang dimiliki oleh Lufthansa memaklumkan bahawa pesawat Airbus A220-300 mendarat di Graz, dengan seorang kru kabin dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter, menurut syarikat penerbangan itu.  

Secara keseluruhan, lima kru dan 12 penumpang memerlukan rawatan perubatan.  

Syarikat penerbangan itu memaklumkan pihaknya sedang “berusaha tanpa henti memberikan penjagaan dan sokongan terbaik kepada penumpang serta kru” dan telah merancang dua penerbangan khas sebagai langkah susulan.  

Penerbangan khas pertama dijadualkan berlepas pada Isnin, membawa pasukan bantuan untuk penumpang dan kru, juruteknik, serta pasukan sokongan bagi pihak berkuasa tempatan.  

Penerbangan khas kedua akan berlepas dari Graz ke Zurich pada Selasa untuk membawa pulang penumpang yang ingin kembali ke Zurich.  

SWISS menegaskan ia kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa dan berusaha mengenal pasti punca insiden itu.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Next: Pegawai Vietnam dituduh di mahkamah kerana rasuah penerbangan semasa COVID-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.