Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pesawat ringan terhempas di Florida, ragut satu nyawa
  • KEMALANGAN

Pesawat ringan terhempas di Florida, ragut satu nyawa

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESAWAT ringan jenis Cessna C402 terhempas di kawasan perumahan Florida, satu nyawa terkorban. Foto AGENSI

ISTANBUL: Sebuah pesawat ringan terhempas di halaman sebuah rumah di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, menyebabkan seorang mangsa maut, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan dan pihak berkuasa.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenal pasti pesawat itu sebagai Cessna C402 yang berlepas dari Tampa North Aero Park sebelum terhempas di kawasan perumahan di Wesley Chapel sekitar 8.35 pagi waktu tempatan (1235 GMT).

Menurut FAA, hanya juruterbang berada di dalam pesawat itu.

NAHAS pesawat ringan di Wesley Chapel ragut nyawa juruterbang, siasatan FAA dan NTSB sedang dijalankan. Foto AGENSI

Nahas itu turut mencetuskan kebakaran yang menyebabkan sedikit kerosakan pada rumah berhampiran, kata pegawai maklumat awam Daerah Pasco Sarah Andeara kepada stesen gabungan CBS, WTSP.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) memaklumkan pesawat itu terhempas dalam “keadaan yang belum diketahui” dan telah menghantar seorang penyiasat ke lokasi kejadian.

Pesawat itu akan dipindahkan ke lokasi lain untuk penilaian lanjut selepas tempat kejadian didokumentasikan.

FAA dan NTSB sedang menyiasat insiden itu, dengan NTSB mengetuai siasatan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Lelaki muda ditemukan tidak bernyawa di taman permainan Mukah
Next: Warga emas maut kemalangan di Jalan Bintulu-Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.