Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat perisik AS masuk zon larangan
  • GLOBAL

Pesawat perisik AS masuk zon larangan

Utusan Sarawak 5 years ago
ZON LARANGAN… China mendakwa sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) memasuki zon larangan terbang yang digunakan oleh tentera China untuk latihan tembakan, sekali gus mewujudkan tindakan provokasi.

BEIJING: China mendakwa sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) memasuki zon larangan terbang yang digunakan oleh tentera China untuk latihan tembakan, sekali gus mewujudkan tindakan provokasi, kata media negara itu.

Penerbangan jet pengintai U-2 ke sebuah kawasan di utara China melanggar peraturan keselamatan antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian pada Selasa.

“Tindakan AS berkenaan pastinya akan mengakibatkan salah faham malah mendatangkan kemalangan,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa tindakan itu adalah provokasi yang jelas.

“China dengan tegas menentang tindakan provokatif sedemikian dan sudah menghantar pemakluman berkenaan kepada pihak AS,” katanya.

Kemarahan Beijing muncul ketika hubungan AS dan China merosot ke tahap terendah bersejarah, dengan konfrontasi yang memuncak pada masalah perdagangan, ketenteraan dan politik.

Dari segi ketenteraan, tentera laut AS kerap melakukan operasi di dekat Taiwan dan di Laut China Selatan, sekali gus seakan mencabar tuntutan wilayah itu oleh China. – AFP

Continue Reading

Previous: 46 MAUT Banjir kilat landa utara Kabul
Next: Duterte masih sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.