Pesawat penumpang alami kerosakan selepas bergesel di Lapangan Terbang Moscow

Facebook
WhatsApp

INSIDEN berlaku ketika penerbangan FV6097 yang menuju ke St. Petersburg sedang bergerak di landasan sebelum berlepas.

MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Rossiya Airlines mengalami kerosakan ketika persiapan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow pada Rabu selepas bergesel dengan sebuah pesawat lain, lapor media tempatan.

Insiden itu berlaku ketika penerbangan FV6097 yang menuju ke St. Petersburg sedang bergerak di landasan sebelum berlepas, lapor Xinhua.

“Maklumat awal menunjukkan sayap sebuah pesawat milik syarikat penerbangan lain telah menyentuh bahagian ekor pesawat Rossiya itu, menyebabkan kerosakan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pasukan teknikal segera menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat berkenaan. Penumpang diturunkan dan kemudiannya menaiki pesawat gantian.

Pejabat Pendakwa Pengangkutan Barat Laut mengesahkan tiada penumpang dan kru yang cedera, dan sebuah suruhanjaya akan ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.- Bernama-Xinhua

BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam