Pesawat pemadam kebakaran hutan di Kanada terhempas, tiga terbunuh

Facebook
WhatsApp
TIGA maut pesawat pemadam kebakaran hutan terhempas di Kanada.

WASHINGTON: Sebuah pesawat Cessna O-1 “Bird Dog” yang menjalankan penerbangan memadam kebakaran di Wilayah Barat Laut (NWT) Kanada terhempas, mengorbankan tiga orang di dalamnya, menurut pengurusan kebakaran hutan dan agensi pelaporan rasmi wilayah itu, NWT Fire pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami kini boleh mengesahkan bahawa insiden serius yang melibatkan pesawat Bird Dog berhampiran Fort Simpson ialah nahas,” menurut NWT Fire di media sosial.

“Tiga orang berada di dalam pesawat itu…” kata pihak berkuasa.

Polis Diraja Kanada telah dikerahkan ke lokasi kemalangan dengan penyelarasan Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim NWT untuk memulakan siasatan ke atas insiden itu dan menentukan status penumpang pesawat berkenaan.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam