Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Las Vegas, AS
  • GLOBAL

Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Las Vegas, AS

Utusan Sarawak 7 months ago

MOSCOW: Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines  terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada, lapor Sputnik yang memetik CBS News.

“Juruterbang mengesan asap dan mengisytiharkan kecemasan… pesawat itu mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta kru dipindahkan melalui tangga udara. Tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang telah dibawa ke terminal,” kata jurucakap Frontier Airlines kepada CBS News, semalam.

Punca kejadian itu sedang disiasat, menurut jurucakap syarikat kepada media.

Jabatan Bomba Daerah Clark segera bertindak balas terhadap kejadian itu, menurut jurucakap lapangan terbang berkenaan kepada media dan menambah jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan tiba di landasan ketika asap menyelubungi pesawat berkenaan.

Klip video yang tular di media sosial menunjukkan bahagian bawah pesawat terbakar semasa pendaratan. – Bernama – Sputnik    

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Protes di Pakistan: Wartawan Malaysia harungi detik cemas ke lapangan terbang
Next: Taufan Milton dijangka landa Florida

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.